Dikeluarkan oleh
Ahmad dan At-Tabarani dari Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah
mencerca Abu Bakar r.a. Ketika itu
Ketika aku mulai membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat
itu".
Rasulullah SAW
bersabda: "Apabila kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang
membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun apabila kami mulai membalas
kata-kata kasarnya itu syetan mula mengambil tempat dan duduk di antara kamu.
yang demikian itu aku tidak mau duduk bersama-sama dengan syaitan".
Kemudian
Rasulullah SAW bersabda lagi: "Ya Abu Bakar ! Terdapat tiga perkara yang
benar yaitu:
1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu
kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah
akan menguatkan dan membantunya.
2) Apabila seseorang itu membuka pintu
kedermawannannya dan memberi hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.
3) Apabila seseorang itu mula meminta-minta untuk
menambahkan kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.